Berikut adalah video unboxing awal peranti Paparan Retina 12-inci MacBook Air daripada Apple. Video tersebut telah dimuat naik di laman Tinhte.vn, sebuah laman web yang selalunya memberikan info-info khabar angin mengenai peranti Apple dengan tepat suatu ketika dahulu.

MacBook baru ini mempunyai paparan skrin Retina 12-inci yang paling nipis pernah dibangunkan untuk Mac, Reka bentuk bateri yang baru juga memaksimumkan setiap milimeter ruang di dalam MacBook untuk memanjangkan jangka hayat bateri bagi kegunaan harian. Dan, untuk pertama kalinya, MacBook juga boleh didapati dalam tiga versi kemasan iaitu emas, perak dan kelabu.

Video dibawah memberikan sedikit gambaran kepada kita tentang aksesori terbaru dari Apple iaitu pengecas USB-C dan juga saiz Macbook itu sendiri . MacBook ini akan mula dibuat penghantarannya bermula pada 10 April 2015 dimana harga bagi Macbook itu dijangka akan bermula dengan harga $1,299 (kira-kira RM3,800).