Apple Watch telah dipilih sebagai pemenang dalam Anugerah Red Dot ‘Best of the Best’, menurut A Blog to Watch.

Pertandingan reka bentuk produk ini telah wujud sejak tahun 1954 lagi. Anugerah ini diberikan untuk mengiktiraf kualiti sesuatu produk itu di peringkat antarabangsa. Setakat ini, dalam kategori jam tangan, hanya dua produk sahaja yang telah menerima Anugerah Red Dot ‘Best of the Best’ iaitu Apple Watch dan juga MB&F HM6 Space Pirate.

MB&F HM6 Space Pirate merupakan sebuah jam tangan eksklusif dimana pembuatannya hanya dihadkan kepada 50 unit sahaja dan harganya mencecah $230,000 (kira-kira RM710,000) setiap satunya.

A Blog to Watch menyatakan bahawa kedua-dua jam tangan ini yang sangat berbeza tetapi mempunyai ciri reka bentuk yang mendahului pemikiran. Semua pemenang Anugerah Reka Bentuk Red Dot ini akan diumumkan pada 29 Jun 2015 ini. Terus ikuti kami untuk maklumat lanjut mengenainya kelak.

Sumber : A Blog To Watch

Follow kami di Facebook , Twitter , Google+ untuk info-info terkini.