SquareTrade telah menjalankan satu ujian untuk menguji impak yang boleh ditanggung oleh peranti Samsung Galaxy S6 Edge sehingga peranti tersebut bengkok dan rosak. Ujian juga turut menguji peranti iPhone 6 Plus dan HTC One M9 dengan ujian yang sama bagi membandingkan hasil akhirnya.

iPhone 6 Plus membengkok apabila diletakkan di bawah tekanan 110 pound dan mencapai tahap dimana peranti iPhone 6 Plus itu rosak sepenuhnya pada tekanan 179 pound. Bagi HTC One M9 pula , peranti itu bengkok apabila dikenakan tekanan sebanyak 120 pound tetapi dalam masa yang sama , peranti itu telah rosak sepenuhnya dan tidak boleh digunakan oleh kerana butang power yang berada di bahagian tengah peranti , rosak sepenuhnya dan peranti tidak boleh dihidupkan langsung.

Bagi peranti keluaran Samsung yang baru iaitu Galaxy S6 Edge , peranti ini bengkok apabila tekanan 110 pound dikenakan tekanan tetapi tidak seperti iPhone 6 Plus, peranti Galaxy S6 Edge ini rosak dengan lebih teruk lagi kerana skrin paparannya juga turut pecah sedikit . Walaupun begitu , peranti Samsung S6 Edge masih boleh berfungsi sehinggalah ia rosak sepenuhnya apabila tekanan 149 pound dikenakan .

Follow kami di Facebook , Twitter , Google+ untuk info-info terkini.