Samsung telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan siri ujian tekanan terhadap peranti Galaxy S6 Edge yang dibuat oleh SquareTrade.

Dalam kenyataannya, Samsung berkata :

Pertama, video itu menunjukkan bahawa , peranti Galaxy S6 Edge telah diberikan tekanan sebanyak 110lbf (50kg), yang mana , keadaan itu amat jarang sekali berlaku di dalam keadaan biasa. Daya normal yang dihasilkan pada poket belakang individu apabila tekanan daripada melakukan aktiviti seharian adalah lebih kurang 66lb (30kg). Keputusan ujian dalaman kami menunjukkan bahawa Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge tidak bengkok pada tekanan dibawah 79lb (32kg), yang bersamaan dengan daya apabila seseorang individu itu cuba untuk mematahkan lima batang pensel sekali gus.

Kedua, walaupun kedua-dua belah bahagian hadapan dan belakang terdedah di bawah tahap tekanan yang sama dalam keadaan biasa, ujian ini tidak menunjukkan tahap tekanan yang boleh ditampung oleh bahagian belakang peranti. Beberapa telefon pintar mempunyai ketahanan yang berbeza di setiap bahagian sisi depan dan belakang . SquareTrade hanya membuat ujian tekanan pada bahagian depan sahaja. Ia boleh mengelirukan pengguna mengenai tahap tekanan yang boleh ditampung secara keseluruhannya oleh telefon pintar.

Atas sebab ini , Samsung menyarankan bahawa pihak SquareTrade menjalankan sekali lagi ujian tekanan dimana pada kali ini , ujian tersebut mestilah dibuat pada kedua-dua belah depan dan belakang peranti . Hasil akhir perlulah didedahkan kepada orang ramai.

Seperti yang dinyatakan , SquareTrade hanya menguji daya tahan peranti dengan skrin paparan menghadap ke atas sahaja. Samsung menyarankan bahawa ujian dilakukan pada kedua-dua belah bahagian belakang dan hadapan peranti. Kami akan memberikan informasi berkenaan ujian tekanan bengkok ini jika pihak SquareTrade bersetuju melakukan ujian tersebut sekali lagi..

Samsung telah mengeluarkan sendiri satu video ujian tekanan peranti Samsung Edge . Sila layan video berikut:

Sumber : SamsungTommorow  , MacRumours

Follow kami di Facebook , Twitter , Google+ untuk info-info terkini.