Selepas melancarkan OS X 10.10.3 kepada umum pagi ini, Apple juga telah melancarkan iOS 8.3. Kemaskini firmware yang diuji oleh pemaju dan ahli-ahli program beta awam Apple sejak Februari lalu termasuklah dengan beberapa ciri-ciri baru dan penambahbaikkan .

Antara ciri-ciri baru ialah sokongan Wireless CarPlay, yang membolehkan pengguna peranti Apple menggunakan fungsi CarPlay di kenderaan tanpa menggunakan sebarang kabel. Antara penambahbaikan yang lain ialah terdapat variasi pilihan ikon Emojis yang lebih pelbagai, sokongan bahasa yang ditambah dalam Siri dan penambahbaikkan pelayar Safari .

Apa yang menariknya lagi, firmware baru ini dilancarkan hanya beberapa hari sahaja lagi sebelum peranti Apple Watch dibuka untuk pra-tempahan secara rasmi. iOS 8.3 ini boleh digunakan oleh hampir semua peranti iPhone (iPhone 4s – iPhone 6 Plus) dan iPad (iPad Air, iPad Touch , iPad Mini, iPad).

Bagi pengguna peranti Apple yang telah di-jailbreak, disarankan supaya anda tidak mengemaskini firmware iOS anda kerana setakat ini masih tiada lagi ura-ura utiliti jailbreak iOS 8.3 akan dikeluarkan. Nantikan berita terkini mengenai jailbreak dari Dazmi.com.

Log Kemaskini Firmware iOS boleh dilihat di http://support.apple.com/kb/HT1222

Follow kami di Facebook , Twitter , Google+ untuk info-info terkini.