Tweak terbaru Aeternum ini menggunakan kod sumber terbuka paparan antara muka Apple Watch(Apple Watch UI) yang dibangunkan oleh Lucas Mendes untuk digunakan di peranti iPhone . Tweak ini dibangunkan oleh pembangun SpiritOfLogic yang membangunkan tweak-tweak seperti iRealSMS dan iTouchSecure.

Sebenarnya, terdapat beberapa lagi tweak yang menggunakan kod dari Lucas Mendes sebagai asas membangunkan tweak seperti Aeternum, tetapi tweak Aeternum ini memberikan pengalaman menggunakan Apple Watch yang paling hampir sekali berbanding tweak-tweak yang seangkatan dengannya.

Aeternum - Pengalaman Sebenar Paparan Antara Muka Apple Watch Untuk iPhone 2

Beberapa perbezaan yang dapat dilihat diantara tweak Aeternum dengan yang lain. Pertama, terdapat satu bahagian Dock di bahagian bawah paparan skrin. Bahagian Dock ini boleh diaktifkan atau dinyahaktifkan mengikut kesesuaian individu yang menggunakannya. Untuk menyahaktifkan tetapan Dock ini, pengguna perlulah pergi aplikasi Setting > Aeternum > Nyahaktifkan menu pilihan Use Dock.

Aeternum - Pengalaman Sebenar Paparan Antara Muka Apple Watch Untuk iPhone 1

Kedua, pengguna boleh menyusun semula ikon aplikasi mengikut kesesuaian. Ia memudahkan dari segi kemasan supaya ikon tidak nampak berterabur.

Akhir sekali, kebolehan tweak ini beroperasi dengan lancar sekali . Memandangkan pengguna selalu melancarkan dan menutup sesuatu aplikasi itu, kepantasan animasi apabila aplikasi dipasang dan ditutup adalah sangat penting. Ini membolehkan pengguna merasai pengalaman sebenar menggunakan antara muka Apple Watch tanpa masalah dan lancar.

Walaupun begitu, fungsi Spotlight Search yang sepatutnya ada bersama-sama tweak ini tidak disertakan sekali kedalam tweak ini. Ini menjadikan pengguna akan mengalami kesukaran apabila sesuatu carian hendak dibuat.

Tweak ini boleh didapati di repo BigBoss dengan harga $2.99 .

Follow kami di Facebook , Twitter , Google+ untuk info-info terkini.