Fungsi tweak MultiIconMover+ ini adalah  sangat mudah tetapi sangat praktikal. Ia membolehkan pengguna untuk memilih beberapa ikon untuk dipindahkan ke halaman yang berbeza pada peranti pengguna apple.

Jadi, sebelum ini jika pengguna ingin memindahkan beberapa ikon aplikasi ke halaman yang lain , pengguna perlulah mengalihkan ikon tersebut satu demi satu.,

Ia menjadikan kerja mengalihkan ikon menjadi tidak praktikal dan leceh tetapi dengan menggunakan tweak MultiIconMover+, pengguna boleh memilih banyak ikon secara serentak untuk dipindahkan ke halaman yang lain.

MultiIconMover+ - Mengalihkan Beberapa Ikon Aplikasi Secara Serentak 1

 Cara Untuk Menggunakan Tweak Ini MultiIconMover+

  1. Sentuh dan tahan jari(hold) pada aplikasi sehingga aplikasi tersebut bergegar.
  2. Kemudian pilih semua ikon yang diingini untuk dialihkan dan tanda semak merah akan muncul di bahagian bawah aplikasi yang dipilih (lihat imej di atas).
  3. Sekarang beralih ke laman yang berbeza dan menekan butang papan muka utama atau butang Home.
  4. Selesai! Ikon akan dipindahkan ke halaman yang dipilih.
  5. Pilih butang Home sekali lagi dan ikon akan berhenti bergegar.

Ini adalah cara yang lebih cepat dan sangat praktikal  untuk mengalihkan ikon kepada halaman yang lain. MultiIconMover+ boleh didapati secara percuma di Cydia , Apa yang anda fikirkan tentang tweak ini?

Follow kami di Facebook , Twitter , Google+ untuk info-info terkini.