InfiniBoard adalah tweak cydia yang membolehkan pengguna menatal secara menegak di halaman paparan skrin . Ia membolehkan pengguna menambah sebanyak mana ikon yang dimahukan untuk setiap halaman, dan mengakses ikon tersebut dengan isyarat tangan menatal(scroll) ke atas dan ke bawah.

Untuk menguji keberkesanan tweak Infiniboard ini, pengguna boleh cuba mengalihkan semua ikon yang ada atau yang dikehendaki ke dalam satu halaman . Sebagai tambahan, untuk mengalihkan beberapa ikon secara serentak, pengguna boleh menggunakan tweak MultiIconMover+ 


Infiniboard - Penatalan Menegak Untuk Springboard iPhone 1

Untuk memahami nya dengan lebih lanjut. Sila lakukan sedikit ujian dan Sebelum menjalankan ujian, sila pastikan tweak Infiniboard telah diaktifkan.

Ujian Yang Boleh Dilakukan

  1. Letakkan 24 ikon aplikasi di dalam satu halaman  (yang pada asalnya, setiap halaman sepatutnya mempunyai maksimum hanya 20 ikon aplikasi sahaja).
  2. Buat isyarat penatalan(scroll) di skrin ke arah bawah dan keatas  (Semua ikon aplikasi yang dimasukkan ke dalam halaman dikehendaki akan dipaparkan)


InfiniBoard boleh didapati melalui repo Bigboss dengan harga $ 1.99. Tinggalkan pandangan anda di ruangan komen.

Follow kami di Facebook , Twitter , Google+ untuk info-info terkini.