Apple telah mengumumkan harga bagi MacBook retina 12-inci kepada wakil penjual mereka termasuk Expercom. Macbook ini bakal dilancarkan pada 10 April 2015 (Jumaat).
Harga permulaan bagi MacBook ini akan bermula pada harga $ 1299 (kira-kira RM3600) dengan spesifikasi cip pemprosesan 1.1 GHz dual-core Intel Core M , 8GB RAM dan 256GB penyimpanan memori. Pilihan diberikan kepada sesiapa yang ingin meningkatkan keupayaan cip pemprosesan kepada 1.3 GHz dengan hanya menambah $ 250 (kira-kira RM750).
Antara Konfigurasi Macbook yang Ditawarkan:
- 1.1 GHz dengan penyimpanan 256 GB: $ 1299 (kira-kira RM4150)
- 1.3 GHz dengan penyimpanan 256 GB: $ 1549 (kira-kira RM4950)
- 1.2 GHz dengan penyimpanan 512 GB: $ 1599 (kira-kira RM5116)
- 1.3 GHz dengan penyimpanan 512 GB: $ 1749 (kira-kira RM5600)
SUMBER : MacRumors
Leave A Comment
You must be logged in to post a comment.