Terdapat beberapa gambar yang memaparkan kotak pembungkusan untuk peranti Apple Watch berserta dengan tali atau band untuk peranti Apple Watch tersebut telah disiarkan di dalam talian.

Jeremy Gan, yang bekerja untuk DailyMail, memuat naik beberapa gambar tersebut ke akaun Instagram beliau awal hari ini. Namun , atas sebab-sebab yang tidak dapat dipastikan , selepas beberapa ketika , akaun Instagramnya ditukar status kepada private . Akses terhadap gambar terbabit sudah tidak dapat dicapai.

Kami sertakan beberapa gambar kotak bungkusan peranti Apple Watch yang berjaya diambil dari akaun instagram Jeremy Gan sebelum ditukar status kepada private.

Pre-Order untuk peranti Apple Watch ini akan dibuka kepada umum bermula pada pukul 12:01 AM PDT pada 10 April 2015.

SUMBER : CultofMac