ReachApp adalah tweak jailbreak yang masih dalam pembangunan dimana ia memberikan pengalaman fungsi split-screen multitasking untuk pengguna iOS 8. Dengan kata mudah, tweak ini membenarkan pengguna menjalankan 2 aplikasi pada masa yang sama dan berinteraksi dengannya secara terus dalam satu paparan skrin.

Selepas memasang tweak ReachApp, pengguna akan menemui satu panel konfigurasi di aplikasi Setting. Terdapat beberapa suis dalam pilihan tetapan konfigurasi yang ada untuk ditetapkan mengikut kesesuaian pengguna.

Cara untuk menggunakan tweak ReachApp ini, buka atau aktifkan dua aplikasi yang anda mahu gunakan bersama-sama. Sebagai contoh, pengguna boleh membuka aplikasi Safari, dan kemudiannya membuka aplikasi YouTube dengan serta-merta selepas itu.

Sebelum kami meneruskannya lagi, diingatkan bahawa, fungsi seterusnya hanya boleh digunakan jika peranti iPhone anda mempunyai sensor Touch ID sahaja. Ketuk(tap) sensor Touch ID(butang Reachability), ini akan mengaktifkan paparan untuk aplikasi yang paling baru dipasang.

Kemudian, ketuk(tap) sensor Touch ID(butang Reachability) sekali lagi , dan pada bahagian atasnya pula , akan terdapat paparan untuk aplikasi yang terakhir digunakan di latar belakang peranti pengguna. Akan terdapat satu bar kecil berwarna kelabu yang memisahkan paparan kedua-dua aplikasi ini.

Lebih menarik lagi , pengguna boleh berinteraksi dengan kedua-duaaplikasi secara serentak. Sebagai contoh, pengguna boleh mengarang e-mel sambil membaca artikel di laman Dazmi.com menggunakan pelayar Safari.

Pada ketika ini, terdapat beberapa bug dan isu yang wujud untuk tweak ReachApp ini, salah satunya ialah , kebolehupayaan tweak ini berfungsi dalam paparan mod landskap. Tetapi pembangun tweak ini, Elia Frederickson bahawa dia akan melakukan penambahbaikkan pada versi tweak ReachApp yang akan datang.

Tweak ini boleh didapati di repo http://elijahandandrew.com/repo/ secara percuma. Berikut adalah tutorial Cara Menambah Repo Baru Didalam Cydia

Layan video penerangan berikut :

Follow kami di Facebook , Twitter , Google+ untuk info-info terkini.