Berita buruk bagi komuniti peranti Apple yang telah di-jailbreak. Apple nampaknya telah berjaya menghalang ekploitasi jailbreak untuk utiliti TaiG dengan pelancaran iOS 8.3.

Ini adalah kali ketiga Apple berjaya menghalang sebarang ekploitasi jailbreak dilakukan terhadap firmware iOS bagi versi iOS 8.1 dan ke atas.

Buat masa sekarang, masih tidak ada sebarang berita terbaru dari kumpulan-kumpulan pembangun utiliti jailbreak bagi melepasi sekatan eksploitasi jailbreak untuk firmware iOS 8.3 ini.