Twitter hari ini telah mengumumkan bahawa aplikasi twitter kini boleh menyokong fungsi rakaman video dalam gerak perlahan atau Slow-Motion untuk rakaman video untuk peranti iPhone

Tambah mereka lagi, menggunakan peranti iPhone 6 akan membolehkan pengguna merakam video berdefinisi tinggi(HD) sama ada pada keupayaan 120 fps ataupun 240 fps pada format resolusi 720p. Setelah video direkodkan dalam gerak perlahan , pengguna boleh memilih sebanyak mana bahagian video yang direkod mahu diperlahankan atau pengguna boleh memilih mana-mana bahagian dari keseluruhan video yang direkod ingin diperlahankan