Touch ID telah mengalami masalah dan tidak berfungsi ketika menggunakan App Store, lapor  pengguna peranti Apple yang telah mengemaskini firmware iOS peranti mereka ke iOS  8.3. Kebanyakkan laporan diterima datang daripada komuniti forum Apple sendiri .

Peranti iPhone 5s , iPhone 6 , iPhone 6 Plus dan iPad Air 2 adalah peranti yang dilaporkan mengalaminya , walaubagaimanapun masalah ini tidah dihadapi oleh kesemua pengguna peranti Apple yang dinyatakan.

Buat masa ini, ia tidak berada di tahap kritikal atau memberi kesan buruk terhadap pengguna Apple sendiri dimana , pengguna masih boleh memuat turun aplikasi dari App Store dengan memasukkan kata laluan seperti biasa. Ia hanya terjadi sekali sekala.