Apple Watch memerlukan sambungan Bluetooth dengan peranti iPhone 5 dan ke atas untuk menjalankan beberapa aplikasi dan fungsi-fungsi tambahan yang menarik.

Jika tiada sambungan diantara kedua-dua peranti (Apple Watch dan iPhone), Apple Watch masih boleh digunakan tetapi dengan beberapa aplikasi dan fungsi tidak dapat digunakan.

Apa yang akan terjadi jika peranti iPhone anda kehilangan sambungan Bluetooth dengan Apple Watch disebabkan jarak sambungan antara kedua peranti terhad? Adakah Apple Watch tidak dapat digunakan sama seperti peranti Android Wear jika kehilangan sambungan Bluetooth dengan peranti Android ?

Jangan risau, Apple Watch masih boleh menggunakan aplikasi dan fungsi tambahannya lagi jika sambungan Bluetooth terputus diantara kedua-dua peranti iPhone dan Apple Watch dengan menggunakan sambungan Wi-Fi. Walaubagaimanapun, kedua-dua peranti iPhone dan Apple Watch mestilah meggunakan sambungan Wi-Fi yang sama bagi membenarkan peranti iPhone menjadi pusat kawalan(comm center) kepada Apple Watch.

Walaupun masih terdapat kekangan sambungan terhadap penggunaan Apple Watch yang masih memerlukan iPhone sebagai pusat kawalan(comm center) kepada Apple Watch untuk menggunakan beberapa fungsi. Dengan tambahan alternatif kepada sambungan di antara kedua-dua peranti. Ia sedikit sebanyak membantu pengguna untuk menggunakan Apple Watch jika salah satu sambungan (Bluetooth dan Wi-Fi) mengalami kegagalan fungsi.

Pre-Order untuk peranti Apple Watch ini akan dibuka kepada umum bermula malam ini bemula pukul 12:01 AM PDT pada 10 April 2015.

 

SUMBER : David Pogue(Yahoo Tech)