Aplikasi kedai dalam talian Apple, Apple Store telah dikemaskini dengan sokongan Touch ID untuk akses mudah bagi melihat sejarah pembelian, paparan resit EasyPay dan membuat tempahan untuk pembelian peranti Apple di Apple Store. Selain itu, pengesahan dua langkah kini turut diwujudkan untuk keselamatan yang lebih baik bagi Apple ID anda.

Aplikasi Apple Store Dikemaskini Dengan Sokongan Touch ID Dan Pengesahan Dua Langkah (1) 1
Aplikasi Apple Store Dikemaskini Dengan Sokongan Touch ID Dan Pengesahan Dua Langkah (1) 2
Aplikasi Apple Store Dikemaskini Dengan Sokongan Touch ID Dan Pengesahan Dua Langkah (1) 3
Aplikasi Apple Store Dikemaskini Dengan Sokongan Touch ID Dan Pengesahan Dua Langkah (1) 4
Aplikasi Apple Store Dikemaskini Dengan Sokongan Touch ID Dan Pengesahan Dua Langkah (1) 5

Ciri-ciri tambahan Aplikasi Apple Store untuk iPhone:

  • Pilih model kegemaran peranti Apple Watch dengan mengklik ikon hati. Data model kegemaran akan disimpan ke dalam akaun anda supaya anda boleh membandingkan ia apabila diperlukan.
  • Gunakan fungsi Apple Pay dengan sentuhan tunggal(single touch).

Apa yang Baru dalam Aplikasi Apple Store versi ini:

  • Gunakan fungsi Touch ID untuk melihat pesanan, akses kepada resit EasyPay, dan membuat tempahan di kedai dalam talian Apple Store.
  • Sokongan untuk pengesahan dua langkah, memberi keselamatan tambahan untuk Apple ID anda.

Anda boleh memuat turun aplikasi Apple Store di App Store secara percuma.