Kita telah mendengar khabar angin bahawa Apple akan memasukkan fungsi Split-Screen Multitasking yang mana ia membenarkan pengguna peranti iPad untuk membuka 2 atau lebih aplikasi dalam satu paparan secara serentak sejak tahun lalu. Walaubagaimanapun, pengguna peranti Apple masih belum dapat menerima fungsi Split-Screen Multitasking ini. Laman 9to5mac kini mendakwa bahawa ciri ini akan didedahkan di Acara tahunan WWDC (Worldwide Developers Conference) pada bulan Jun ini seiring dengan pelancaran iOS 9. Asas fungsi ini lebih kurang sama dengan fungsi tweak ReachApp dan Multify

Apple pada asalnya merancang untuk memasukkan fungsi Split-Screen Multitasking  ini untuk peranti iPad pada iOS 8, tetapi ciri-ciri ini masih lagi tidak bersedia pada WWDC sewaktu pelancaran iOS 8 tahun lalu. Sebaliknya, Apple membuat rancangan tentatif untuk memasukkan ciri-ciri ini ke dalam iOS 8.1, tetapi malangnya ia juga tidak berjaya disebabkan Apple lebih menfokuskan untuk menumpukan sepenuhnya untuk peranti jam pintar baru mereka, Apple Watch pada waktu itu.

Ciri kedua yang dirancang untuk disertakan sekali adalah sokongan untuk pengguna asal mewujudkan beberapa akaun pengguna yang lain(Multi-User Login). Dengan kehadiran fungsi ini, pengguna asal dengan mudah boleh berkongsi peranti Apple dengan sesiapa sahaja tanpa perlu risau akan data peribadi diakses oleh orang lain yang menggunakan peranti mereka. Ini kerana, pengguna lain yang menggunakan peranti ini akan menggunakan akaun yang telah diwujudkan oleh pengguna asal tadi hanya boleh mengakses aplikasi-aplikasi yang dibenarkan sahaja oleh pengguna asal apabila tetapan konfigurasi dibuat. Fungsi ini juga lebih kurang sama dengan fungsi tweak Guest Mode.

Appe juga dikatakan sedang membangunkan versi iPad dengan skrin yang lebih besar yang setakat ini diberi nama iPad Pro dan berkemungkinan kedua-dua fungsi yang diceritakan tadi akan disertakan sekali kedalam iPad versi terbaru itu. Namun tarikh bagi pelancaran iPad ini masih tidak ditetapkan memandangkan pihak Apple masih lagi sedang memperkemaskan peranti tersebut dari segi hardware dan software. Sama-sama kita tunggu pengumuman dari Apple kelak.