Google hari ini telah mengumumkan bahawa mereka telah mengemaskini Google Maps dengan fungsi notifikasi untuk mengelak kesesakan trafik.

Apabila pengguna memasukkan data destinasi yang hendak dituju, Google Maps akan menerangkan kepada mereka mengenai keadaan trafik dengan jalan yang akan dilalui sambil memberi cadangan laluan yang tercepat untuk tiba ke destinasi akhir.

Semasa berada di atas jalan raya, Google Maps akan memberikan notifikasi jika jalan yang dilalui akan menempuh kesesakan trafik dan cadangan laluan alternatif akan diberikan jika ada. Jika tiada laluan alternatif, Google Maps akan memberikan data berkenaan berapa lama pengguna akan terperangkap di dalam kesesakan trafik tersebut.

Google Mengemaskini Google Maps Dengan Notifikasi Untuk Mengelak Kesesakan Trafik (2) 1
Google Mengemaskini Google Maps Dengan Notifikasi Untuk Mengelak Kesesakan Trafik (3)
Google Mengemaskini Google Maps Dengan Notifikasi Untuk Mengelak Kesesakan Trafik (2) 3

Anda boleh memuat turun aplikasi Google Maps di App Store secara percuma.