Apple dijangka akan membuat peranti baru iPhone 7 mereka yang akan dilancarkan pada tahun hadapan lebih nipis. lapor seorang analyst KGI Securities, Ming-Chi Kuo. Dalam satu nota pelabur yang telah didedahkan oleh AppleInsider, Kuo meramalkan bahawa peranti iPhone untuk tahun 2016 akan mempunyai ketebalan diantara 6.0 sehingga 6.5 milimeter tebal.

Katanya lagi, jika analisisnya tepat , ia akan meletakkan peranti “iPhone 7” sebaris dengan peranti iPod Touch dan peranti iPad Air 2 yang mana kedua-duanya mempunyai ketebalan hanya 6.1 milimeter tebal. Peranti iPhone 6 yang berada di pasaran kini mempunyai ketebalan 6.9 milimeter tebal dan dengan menggunakan bahan baru iaitu aluminium siri 7000  untuk bekas peranti iPhone 6s, dijangka ketebalan untuk peranti iPhone 6s akan menjadi kurang daripada 7 millimeter tebal.

Apple dijangka bakal memperkenalkan peranti iPhone yang baru iaitu peranti iPhone 6s pada 9 September 2015 di Auditorium Sivik Bill Graham.