Robot Asus Zenbo, direka untuk memberikan bantuan, hiburan dan malah boleh berkomunikasi dengan keluarga anda.  Zenbo kelihatan seolah-olah seperti makhluk asing E.T. dalam cerita sains fiksyen.  Robot ini boleh melakukan perkara-perkara seperti mengukur kawasan persekitaran, dan juga bertindak sebagai pembantu peribadi seperti Amazon Echo.

Ia boleh memahami arahan yang diberikan dalam bentuk percakapan atau suara, supaya anda boleh melakukan perkara-perkara seperti memberitahu Zenbo untuk mengingatkan anda mengenai temujanji dengan doktor gigi pada hari minggu. Ia juga akan secara automatik memantau rumah anda dan apabila ia berada dalam situasi kecemasan,  Zenbo akan memaklumkan ahli keluarga anda  melalui telefon pintar jika sesuatu yang buruk telah berlaku.

Fungsi kamera yang terbina didalamnya boleh dikawal dari jarak jauh, katakan jika anda ingin memeriksa situasi terkini di rumah anda. Anda boleh terus mengakses kamera Zenbo melalui telefon pintar anda.

Zenbo juga berfungsi sebagai speaker stereo, ia boleh menceritakan sebuah cerita kepada anak-anak anda sebelum mereka tidur atau menghiburkan mereka dengan permainan yang berbentuk pendidikan. Zenbo juga berkebolehan berinteraksi dengan anda hanya dengan menunjukkan mimik muka emosi seperti , sedih , gembira atau marah.

Akhir sekali, Zenbo boleh disambungkan dengan peralatan rumah pintar yang lain, seperti TV, lampu pintar dan penghawa dingin.

Asus telah melancarkan Zenbo kepada pembangun, yang mana, ia memberikan ruang untuk pembangun untuk mewujudkan aplikasi yang boleh digunakan untuk Zenbo, maklumat lanjut boleh didapati di sini.

Zenbo akan dijual dengan harga $599 (RM2400)