ASUS Malaysia telah mendedahkan kemasukan model AI0 (All-in-One) PC Series terbaru keluarannya iaitu model ET2030 kini sudah tersedia untuk pasaran tempatan. Dengan harga jualan RM2,399,ASUS AIO PC Series – ET2030 menawarkan pelbagai ciri-ciri yang diperlukan oleh pengguna seperti prestasi pemproses yang terbaik, paparan skrin sentuh yang sangat nipis dengan sokongan input 10-poin, dilengkapi dengan pelbagai port I/O yang tersedia di bahagian belakang skrin, dan juga rekaan yang bergaya dan moden.

Dikuasakan dengan pemproses Intel Core i3 generasi ke-4, siri ET2030 menggunakan tenaga yang lebih rendah tetapi berupaya menawarkan prestasi yang terbaik. Manakala sokongan Teknologi Intel Boost 2.0, masa pengoperasian tugasan akan menjadi lebih pantas kerana kelajuan PC akan dinaikkan secara automatik apabila diperlukan. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.asus.com/my/AllinOne-PCs/ET2030IUT/.

 

Spesifikasi ASUS AI0 PC Series ET2030
Model : ET20301UT
Pemproses : Intel Core i3-4160T (3M Cache, 3.60 GHz)
OS : Windows 8.1
Paparan : 19.5 Inci LED-backlight HD+
Kamera : 1 Megapixel
Grafik : Intel HD Graphic
Memori : 4GB DDR3
Storan : 1TB HDD
ODD : Super Multi-DVD RW