Sama seperti OnePlus One yang dilancarkan pada April yang lalu, Maxis sekali lagi telah berkolaborasi dengan OnePlus untuk menjadi pengedar eksklusif model terbaru OnePlus 2 melalui Maxis Online Store di www.store.maxis.com.my mulai 22 September yang lalu. Walau bagaimanapun,jualan eksklusif ini hanya terbuka kepada pelanggan Maxis yang telah menerima jemputan khas untuk membeli model tersebut. Penghantaran peranti kepada pelanggan yang telah membuat pesanan dalam talian sudahpun bermula pada 28 September yang lalu dan pelanggan lain yang berminat untuk memiliki model ini juga sudah boleh memilikinya di kedai-kedai Maxis di seluruh negara pada tarikh yang sama.

Model OnePlus 2 Sandstone Black 64GB dijual pada harga RM1,687 ini turut boleh didapati dengan pelan Maxis Zerolution pada hanya RM104 sebulan.OnePlus 2 juga dilengkapi dengan pelan-pelan MaxisONE baru yang kini menawarkan data sehingga 8GB pada rangkaian 4G LTE yang terluas dan terpantas di Malaysia. Pelan-pelan baru juga akan terus menawarkan panggilan dan SMS tanpa had ke mana-mana nombor di Malaysia, bermula pada harga serendah RM98 sebulan. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan kadar OnePlus 2 dan ciri-ciri utama model ini, sila layari https://www.maxis.com.my/en/personal/devices/oneplus-2 atau www.oneplus.net.