iFile adalah suatu aplikasi yang membolehkan pengguna melayari struktur direktori secara keseluruhan di dalam peranti . Fungsi iFile adalah seperti folder explorer yang ada di dalam komputer yang menggunakan sistem operasi Windows.

Dengan menggunakan iFile ini, pengguna berupaya melihat jenis-jenis fail, memasang aplikasi , menyimpan imej-imej untuk kamera dan banyak lagi. Tambahan, untuk versi terbaru , iFile juga menyokong fungsi AirDrop.

iFile - Melayari Struktur Direktori Dalam Peranti 1

Ciri-Ciri

  • Memasang .deb fail untuk diuji secara manual
  • Mengedit teks dan plist fail untuk mengubah cara bahawa aplikasi tertentu bekerja
  • Unzipping fail termampat
  • Menggunakannya dengan Safari Download Manager untuk memuat turun fail secara langsung dari Safari
  • Mengimport fail mp3
  • Memuat naik dan memuat turun fail dengan menggunakan aplikasi pelayan web sedia ada
  • Mengalihkan fail ke atau dari Dropbox dan FTP
  • Menggunakan fungsi Bluetooth untuk menghantar fail ke peranti lain
  • Menyalin, menampal, menamakan semula, dan mengalihkan fail

Tweak iFile boleh didapati secara percuma di repo BigBoss . Tinggalkan pandangan anda di ruangan komen

 

Follow kami di Facebook , Twitter , Google+ untuk info-info terkini.