iOS 7 menambahbaik fungsi animasi untuk meningkatkan kualiti antara muka paparan skrin.

Malangnya, penambahbaikkan fungsi animasi ini memberi masalah lain kepada peranti yang menggunakan sistem operasi iOS 7 , iaitu setiap aktiviti yang dilakukan di paparan muka utama skrin tampak seperti mengalami masalah kelajuan yang sedikit perlahan untuk sesuatu animasi itu untuk beroperasi.

NoSlowAnimations - Tingkatkan Kelajuan Animasi 2

Tweak cydia yang baru iaitu NoSlowAnimations berupaya memperbaiki masalah ini. Apabila tweak NoSlowAnimations dipasang, pengguna boleh terus menggunakannya .

Pengguna akan merasakan impak tweak ini apabila melakukan perkara seperti beralih antara aplikasi, membuka penukar aplikasi(app switcher), melancarkan aplikasi, dan menutup semua aplikasi yang kelihatan lebih cepat. Tiada konfigurasi untuk melaraskan kelajuan animasi, tetapi pengguna akan perasan bahawa kelajuan animasi 2x ganda lebih pantas dari kebiasaannya.

NoSlowAnimations - Tingkatkan Kelajuan Animasi 1

Pembangun tweak ini, Marco Singhof, mencadangkan bahawa pengguna boleh mengaktifkan ciri-ciri Reduce Motion untuk keberkesanan maksimum. Tweak ini boleh didapati secara percuma di repo BigBoss secara percuma. Tinggalkan pandangan anda di ruangan komen.

Follow kami di Facebook , Twitter , Google+ untuk info-info terkini.