Pada kebiasaannya untuk iOS 7, pengguna hanya boleh mempunyai satu halaman sahaja untuk ikon aplikasi di dalam setiap folder , dan  dengan tweak FolderEnhancer membolehkan pengguna melangkaui had yang diberikan oleh Apple itu. Tweak ini menambah masuk ciri baru seperti menambah mukasurat(paging) bagi setiap folder.

FolderEnhancer - Menambahbaik Keupayaan Folder 1

Di dalam tetapan tweak FolderEnhancer ini, pengguna akan menemui tiga bahagian konfigurasi: EFFECT , CLOSE ALL FOLDER, dan ICON LAYOUT

1. BAHAGIAN EFFECT

FolderEnhancer - Menambahbaik Keupayaan Folder 2

Terbahagi kepada dua bahagian iaitu efek animasi apabila folder ditutup/dibuka dan animasi pembesaran wallpaper(zoom animation wallpaper)  apabila membuka/menutup folder

2. BAHAGIAN CLOSE ALL FOLDER

FolderEnhancer - Menambahbaik Keupayaan Folder 3

Membolehkan pengguna untuk menutup semua folder bersarang (folder dalam folder) yang masih berjalan di latar belakang peranti Apple dengan dua cara.

On App Launch

  • apabila togol diaktifkan – apabila pengguna mengaktifkan aplikasi  dalam folder bersarang , folder bersarang akan tertutup dengan sendiri dan pengguna akan diarahkan ke papan muka utama setelah aplikasi ditutup.
  • apabila togol dinyahaktifkan apabila pengguna mengaktifkan aplikasi  dalam folder bersarang , folder bersarang akan kekal ditempatnya dan pengguna akan diarahkan ke skrin antara muka folder bersarang yang terakhir dibuka setelah aplikasi ditutup.

On Home Button

  • apabila togol diaktifkan – apabila pengguna membuka folder bersarang , folder bersarang akan tertutup dengan sendiri apabila butang Home ditekan dan pengguna akan diarahkan ke papan muka utama .
  • apabila togol dinyahaktifkanapabila pengguna membuka folder bersarang , folder bersarang akan kekal ditempatnya dan apabila butang Home ditekan , pengguna akan diarahkan ke paparan folder bersarang yang sebelumnya.

 

3. BAHAGIAN ICON LAYOUT

FolderEnhancer - Menambahbaik Keupayaan Folder 4

Akhir sekali, pengguna akan menemui bahagian untuk reka letak ikon aplikasi. Bahagian susun atur ikon aplikasi membolehkan pengguna menggunakan grid susun atur 4 × 4, bukan seperti kebiasaannya iaitu grid 3 × 3. Bagi pengguna iPadFolderEnhancer memberikan pilihan grid susun atur 5×5 jika pengguna menginginkannya disebabkan saiz ruang paparan skrin yang lebih besar untuk peranti iPad.

FolderEnhancer boleh didapati dengan harga $ 0.99 di repo BigBoss dan bagi pengguna yang telah mempunyai versi awal tweak ini, mereka boleh menaik taraf tweak FolderEnhancer ini kepada versi yang terbaru secara percuma di repo BigBoss juga. Tingalkan pandangan anda di rungan komen mengenai tweak ini.

Follow kami di Facebook , Twitter , Google+ untuk info-info terkini.