Tweak Cylinder merupakan suatu tweak yang memberikan pengguna akses untuk mengubah cara animasi setiap ikon aplikasi berfungsi di paparan antara muka apabila pengguna beralih dari satu muka surat ke muka surat yang lain. Pengguna boleh mengubah konfigurasi tweak ini di bahagian tetapan peranti Apple.

Terdapat 3 pilihan yang diberikan untuk tweak ini di bahagian konfigurasinya iaitu pengguna boleh memilih animasi yang telah tersedia ada di dalam tetapan tweak ini , atau , buat sendiri animasi yang diingini atau yang terakhir iaitu pilihan animasi secara rawak yang dipilih dari senarai animasi yang telah tersedia di dalam tweak ini.

Cylinder - Efek Animasi Ikon Aplikasi Apabila Beralih Muka Surat 1

Jika anda belum mencuba tweak Cylinder ini, anda boleh mendapatkan tweak ini melalui repo BigBoss secara percuma.

 

Follow kami di Facebook , Twitter , Google+ untuk info-info terkini.